Monday, 27 June 2011

Monday, 20 June 2011

:(

dulu kau...
sibuk mana sekalipun tetap ada masa utk ku...

hai apelah nasib diri ini

Monday, 28 March 2011

pengguna tol diperbodoh?

Sejak kebelakangan ini, kita sering melihat iklan yang berikut: “Bagi Perjalanan yang Lancar, Belilah ...”.

Iklan ini biasanya dipaparkan di lebuhraya sekitar negara. Persoalannya adakah pengguna tol sedang cuba diperbodohkan? Bagi menjawab soalan ini, kita perlu mengenalpasti terlebih dahulu matlamat lebuhraya dibina.

Matlamat lebuhraya dibina adalah bagi melancarkan perjalanan pengguna jalan raya. Dalam kes ini, 'kelancaran perjalanan' adalah perkhidmatan yang diberikan oleh pengendali lebuhraya.

Kita sebagai pengguna pula membayar tol sebagai 'bayaran' bagi mendapatkan 'kelancaran perjalanan'. Bagi mereka yang tidak mahu membayar tol, mereka boleh menggunakan jalan alternatif.

Saya tidak mahu bangkitkan persoalan mengenai kos lebuhraya yang tinggi, tanggungjawab kerajaan, kenaikan kadar tol yang tidak adil dan sebagainya. Mungkin itu akan dibicarakan di lain kesempatan. Namun fokus saya bagi coretan ini hanyalah mengenai iklan tersebut yang seolah cuba memperbodohkan pengguna.

Hakikatnya adalah pengguna sudah pun membayar tol. Sebagai balasan, pengendali lebuhraya perlu memberikan kelancaran perjalanan kepada pengguna.

Maka mengapakah kini pengguna seperti dipaksa pula untuk membeli kad tertentu bagi mendapatkan kelancaran perjalanan? Bayaran tol sepatutnya sudah memadai bagi pengguna mendapatkan hak mereka, iaitu kelancaran perjalanan.

Janganlah pengguna dipaksa membeli kad berkenaan pula atau bermacam lagi peralatan lain, sedangkan pengendali lebuhraya perlu menunaikan tanggungjawab mereka memberikan kelancaran perjalanan, yakni sebagai balasan bagi bayaran tol oleh pengguna.

Jika perkara ini dibiarkan berterusan, maka tidak lama lagi, akan ada pula iklan yang berbunyi: “Bagi Perjalanan yang Lancar, Belilah pula...”.

Penggunalah yang akhirnya terpaksa membayar lebih, dan lebih, dan lebih.

Wednesday, 16 March 2011

Andainya Lelaki Tahu

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya... lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu.
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Thursday, 24 February 2011

ni lagu kesukaan.. sangat2 suka :)

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu



nyanyian ::: Mestica
~~lirik yang sangat2 mengusik kalbu.. menyembuh hati yang tengah lara dan memberikan kekuatan agar tetap tabah menempuh segala ketentuanNYA..

Wednesday, 23 February 2011

ANDA TETAP ISTIMEWA

suatu hari seorang pensyarah berucap didepan 200 pelajarnya. pensyarah itu mengeluarkan sekeping duit rm100. pensyarah itu berkata "sy ingin memberikan duit ini kepada salah seorang dari kamu, siapa yg mahu sila angkat tangan!"

semua pelajarnya mengangkat tangan. pensyarah itu berkata lagi "sebelum itu sy akan merenyuk2kan duit ini dahulu" sambil dia merenyuk2kan duit itu sehingga lunyai. "jadi sekarang masih ada yg mahu duit ini?"

semua pelajarnya masih mengangkat tangan. "ok skrg sy akan memijak2 duit ini" sambil pensyarah itu melemparkan duit itu ke lantai sambil menghentak2kan kakinya sehingga duit itu benar2 kotor dan lunyai. "jadi sekarang masih ada yg mahu duit ini?"

semua pelajarnya masih mengangkat tangan. pensyarah itu mula berucap, "dari sini kita mendapat satu pelajaran yg ramai org tak sedar. walaupun duit ini telah direnyukkan, dipijak2 sehingga sangat kotor. tetapi semua org tetap mahukannya kerana semua org tahu nilai duit itu takkan berkurangan walaupun ia kotor.

kenapa kita perlu rasa diri kita tidak berguna? walaupun kita menerima musibah, disakiti, dikeji, gagal, kerugian, kecil hati, kecewa, putus harapan dan segala jenis musibah yg menimpa kita.kita tetap bernilai. kita mempunyai hati dan naluri. sedarlah bahawa kita dilahirkan kedunia tanpa mempunyai apa2. sekiranya kita menerima kerugian sedarlah bahwa kita tidak rugi apa2 kerana modal yg ada pada kita hanyalah kesihatan dan akal fikiran dan kita perlu bersyukur modal kita tidak ditarik tuhan....

Sunday, 20 February 2011

Bermulanya Sebuah Kisah...

Segalanya bermula dalam bulan April 2009... sewaktu mereka berdua sibuk ingin menempuh final exam masing2..
Si teruna nun di selatan tanah air manakala si dara di Tanjung Malim mengejar cita2 menjadi seorang pendidik..

Dalam satu laman sosial yang terkenal suatu ketika dulu, si teruna mengewish si dara 'good luck' dan si dara juga membalas.. sejak itu mereka pun menjadi friend di alam siber itu...

Si teruna memula bicara "kak yang lily puteh ni kak lily yang puteh ka?"
keesokannya inbox teruna menerima satu mesej "nama di beri siti fatimah jamaludin"

Bermula detik itu teruna dan dara terus berbalas mesej dalam persahabatan yang dipertemukan oleh laman fs...lkama kelamaan timbul rasa suka dan selesa antara mereka berdua...

Tanggal 26/4/09...
(if we gonna be close together in any relatonship, we should always keep in touch.
ini langkah pertama jajaz..
ni no jajaz
013-792****)
Dan ct pun menghantar mesej pertama yg berlaku antara dua insan ini dalam handphone..
(Assalamualaikum)
Tika itu hanya tuhan saja tahu betapa melonjaknya hati cesc bila mendapat mesej tersebut..
Persahabatan mereka semakin mesra dalam jaringan celcom....
-to be continued-


Test

testing 1 2 3